The tab mapper is a handy little tool that will render a guitar tab file with graphic chord diagrams displayed alongside. This comes in handy for people who just don't have every single chord shape memorized. Just plug in the web site address of a valid .tab or .crd file and hit "Go". In general, the tab mapper does a better job with printer friendly URLs. If there is more than one way to play a chord, the tab mapper will choose the most common shape. To see other fingerings, click on the chord diagram and you will be taken to the chord calculator.
Original file located @ http://nrc-recycle.org.
KUALA LUMPUR: DAP elder statesman Lim Kit Siang concedes that the Cabinet should be given adequate time for Ministers to understand and study the ?Save 1MDB RoadMap? before it takes a decision on the scandal while Prime Minister Najib Abdul Razak should ?tell all? about his 1MDB dealings in the past six years.
?Najib could claim that as Chairman of the 1MDB Advisory Board, he has no role in the daily operations of 1MDB, while on the other hand, as Prime Minister, he was the final approving authority for any 1MDB deal, transaction or investment under Clause 17 of the 1MDB Memorandum & Articles of Association.?
He was commenting on 2nd Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah announcing on Thursday that the Finance Ministry will present a Roadmap for 1MDB to the Cabinet on Friday ?to solve the problems plaguing the 1MDB and to counter negative perceptions on the strategic investment and development company?.
The Prime Minister, added Lim, and the 2nd Finance Minister should be fair to their ministerial colleagues in the 35-strong Cabinet. ?They should be given adequate time to understand and study the Save 1MDB Plan.?
?They have to bear collective responsibility for the success or failure of the Save 1MDB Plan once it is approved by the Cabinet.?
He warned the Cabinet against repeating the farce of its March 4 meeting when the Ministers went through the motions of being briefed by 1MDB and its auditors Deloitte, ?with few Ministers understanding what was going on.?
?The Cabinet still prematurely and foolishly cleared the troubled fund of wrongdoing and issued 1MDB with a clean bill of health and integrity.?
Without comprehensive Cabinet papers for the Ministers to understand the 1MDB scandal, how could the Cabinet clear the company of any wrongdoing?
Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, in a contradiction in terms, declared more than two months after the Cabinet meeting which cleared 1MDB of wrongdoing, that the 1MDB Board should be sacked and the police called in to investigate the company, reminded Lim who is also DAP Parliamentary Leader and Gelang Patah MP.
Umno Vice President and Rural and Regional Development Minister Mohd Shafie Apdal confessed on Thursday, noted Lim, that he and his Ministerial colleagues were just as unclear as the public over 1MDB?s controversial and opaque deals.
Difahamkan syarikat Berita Publishing dimana salah seorang orang kuat Tun Mahathir (yang juga bekas boss media pada zamannya) mempunyai kepentingan, telah ditutup hari ini dan kesemua kakitangannya dibuang tanpa diberikan sebarang pampasan.
Begitupun nama orang kuat Tun Mahathir yang berkenaan tidak ada di dalam syarikat tersebut, tapi dengan menggunakan proksi dan isterinya.
Menurut maklumatnya, ada dikalangan mereka yang ditamatkan perkhidmatan, telah berkerja dengan syarikat tersebut selama lebih 40 tahun.
Dikatakan keengganan Najib membantu syarikat yang dibebani hutang yang banyak ini antara punca yang membawa kepada bermulanya kritikan Tun Mahathir ke atas Najib. Selain itu, Tun Mahathir juga dikatakan berang kerana Najib enggan membantu syarikat Proton yang menghadapi masalah modal untuk berkembang.
Salah seorang pegawai terdekat Tun Mahathir turut mempunyai kepentingan di dalam Berita Publishing sebanyak 30% dan ini juga menjadi punca yang menaikkan darah Tun Mahathir bila Najib enggan membantu menyelamatkan syarikat tersebut.
Begitupun, yang jadi masalah kepada kita sekarang bukan kerana syarikat ini ditutup, tapi kerana ia membuktikan bahawa serangan Mahathir ke atas Najib adalah bersifat peribadi, bukan kerana berkepentingan negara seperti yang kita semua faham pada fasa awal serangan.
Rakyat sudah pasti menolak jika Tun Mahathir menyerang Najib kerana pertelingkahan peribadinya.
Pakatan Rakyat yang sekarang bersetuju membantu Tun Mahathir juga perlu melihat kembali keperluan untuk meneruskan sokongan ini kerana bimbang kita juga akan turut menjadi sasaran kemarahan rakyat yang tidak bersetuju dengan motif Tun Mahathir tersebut.
kerjasama Pakatan Rakyat dengan Tun Mahathir sudah sampai ke satu tahap dimana perbincangan melantik Menteri Kabinet setelah pentadbiran Najib tumbang, sedang giat berjalan.
Ini yang bahaya kerana rakyat Malaysia menolak perbalahan peribadi. Perbalahan di kalangan pemimpin politik, perlulah berkepentingan rakyat, bukan peribadi.
Peguam Negara (AG) Tan Sri Apandi Ali tidak harus membenarkan ketakutan menghalangnya daripada mengarahkan sesebuah pendakwaan, kata seorang anggota panel semakan operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
?AG tidak harus takut terhadap kuasa atau kedudukan seorang individu,? kata anggota panel itu Lim Chee Wee melalui e-mel kepada Malaysiakini.
?Walaupun beliau mungkin mengalami nasib sama seperti pendahulunya Tan Sri Gani Patail jika mendakwa, beliau harus sokong masyarakat awam dan lebih penting mempertahankan sumpah atas jawatannya.?
Apandi pada Selasa memutuskan tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadinya serta berkaitan siasatan kes anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Gani ditamatkan perkhidmatan atas alasan kesihatan daripada pejabat peguam negara Julai tahun lalu ketika mengetuai pasukan khas pelbagai badan yang menyiasat isu 1MDB.
Tercetus spekulasi langkah itu bagi menghalang siasatan terhadap Najib. Kerajaan bagaimanapun menafikan perkara itu.
Najib juga berulang kali menafikan menyalah guna dana kerajaan untuk tujuan peribadi atau melakukan sebarang salah laku.
Perdana menteri mendakwa tuduhan-tuduhan itu bertujuan menjatuhkannya daripada tampuk kuasa.
Pas mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah ?menyelamatkan rakyat dan negara?.
Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, adalah tidak munasabah berkata demikian kerana pelaksanaan cukai itu sendiri membebankan rakyat.
?Kalau dia (Najib) kata isu GST ini berkat maknanya harga minyak kita jatuh itu berkatlah (merujuk kepada kejatuhan ekonomi negara).
?Bagaimana Perdana Menteri nak kata benda ini (GST) berkat sedangkan dari sudut agama jelas bahawa mengambil cukai daripada orang miskin adalah salah,? katanya, ?semasa sesi soal jawab di majlis Hi-tea rakan media anjuran Pemuda Pas di restoran Puteri di Damansara.
Lantaran itu, Nik Abduh berkata Pas akan memastikan BN tewas pada pilihan raya akan datang.
?Kita (Pas ) tetap tolak GST, kita akan pastikan rakyat akan menolak BN kerana GST,? katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, berkat pelaksanaan GST kerajaan masih mampu menyediakan biasiswa untuk siswa dan kakitangan awam mempunyai kerja di kala kemelut ekonomi yang melanda.
Sementara itu, pelaksanaan GST pada 1 April 2015 lalu, mendapat bantahan banyak pihak, namun tetap diteruskan oleh pemerintahan Najib.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang pertuduhan.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata langkah merujuk keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi SPRM merupakan prosedur operasi standard (SOP) untuk menutup mana-mana kes.
?Demi kejelasan, kuasa menurut budi bicara Peguam Negara mencakupi semua prosiding jenayah diperuntukkan kepada beliau mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Kuasa ini adalah bersifat mutlak tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak,? katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada laporan media hari ini yang mendakwa bahawa kakitangan SPRM telah memberi taklimat tanpa kebenaran kepada media dan membuat pelbagai dakwaan.
?Saya ingin menjelaskan ? jika ini benar, ia tidak akan dibiarkan dan tindakan akan diambil. Saya mengarahkan supaya laporan polis dibuat supaya siasatan secara bebas dapat dijalankan mengenai perkara ini,? katanya.
Abu Kassim menegaskan bahawa pegawai SPRM mesti mendukung standard etika paling tinggi dan bertanggungjawab kepada sumpah jawatan yang mereka lafazkan.
?Justeru, tiada apa-apa kenyataan oleh mana-mana individu harus dianggap oleh media sebagai pendirian rasmi SPRM terhadap kes-kes ini kecuali ia telah dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik rasmi SPRM selepas mendapat kelulusan saya,? kata beliau.
Pada Selasa lepas, Peguam Negara membersihkan Najib daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Kemelut yang berlaku di Kedah sekarang ini memberi kelebihan kepada Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir apabila mendapat simpati berikutan keadaan yang dilaluinya itu.
Ramai yang menyokong dan bersimpati dengannya kerana berpendapat tindakan dan desakan pemimpin tertentu dalam Umno Kedah adalah tidak wajar.
Mereka berpendapat Mukhriz perlu dikekalkan pada kedudukan sekarang kerana berjaya membawa kemajuan di Kedah, disenangi oleh rakyat tanpa mengira parti, mendapat sokongan golongan muda dan berkarisma serta cerdik.
Untuk itu, mereka berpendapat adalah tidak wajar mendesak Mukhriz melepaskan jawatan itu dan Pengerusi Umno Kedah kepada pemimpin lain dalam waktu dan ketika ini.
Dalam satu kajian dilakukan Jabatan Penerangan Kedah minggu lalu mendapati ramai yang simpati dan beri sokongan kepada Mukhriz kerana berpendapat apa dilakukan terhadapnya adalah tindakan tidak wajar.
Pengarah Penerangan Kedah, Dr Haniff Hassan berkata, hasil kajian itu mendapati majoriti masyarakat tanpa mengira jantina, umur, etnik dan klasifikasi pekerjaan menolak tindakan pemimpin Umno Kedah mendesak dan merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti serta MB Kedah.
?Rakyat mengharapkan pemimpin lebih memberi fokus kepada langkah mengatasi masalah ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,? katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, kajian itu dijalankan pada 20 Januari lalu selepas berlaku satu sidang media oleh Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyatakan 14 ketua Umno bahagian hilang sokongan terhadap Mukhriz dan meminta Najib menggantikan tokoh lain sebagai MB Kedah dan Pengerusi Umno Kedah.
Kajian itu dibuka selama 24 jam untuk mendapat maklum balas orang ramai mengenai isu yang berlaku di Kedah dengan 15,266 penyertaan termasuk 10,000 penduduk tempatan.
?Kita menggunakan kaedah Google Forms untuk memudah dan mempercepatkan hasil kajian. Ia disebarkan melalui Facebook dan WhatsApp.
?Ia mendapat respon yang begitu menggalakkan dalam tempoh yang begitu singkat. Kita memendekkan tempoh kajian bagi mendapat hasil yang cepat untuk disalurkan kepada pihak yang berkaitan,? katanya.
Dalam kajian itu juga, kebanyakannya memberi harapan kepada Mukhriz dan memintanya agar tidak tunduk kepada sebarang desakan.
Sehubungan itu, pemimpin Umno di Kedah perlu fokus kepada pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat yang sedang gawat dan bukannya politik.
Haniff berkata, responden juga meminta agar desakan dihentikan segera bagi memastikan BN terus mendapat kepercayaan rakyat di Kedah.
?Ini mungkin boleh menjadi petanda awal dari rakyat. Jika keadaan tidak berubah, mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih drastik dalam pilihan raya akan datang,? katanya.
Menurutnya, salinan hasil kajian itu turut diserahkan kepada Mukhriz sebagai rujukan dan maklum balas masyarakat negeri ini berhubung isu atau kemelut yang berlaku.
Ditanya respons Mukhriz terhadap kajian itu, beliau berkata, MB Kedah begitu gembira dan berharap sokongan itu akan menjadi kekuatan kepadanya untuk meneruskan karier politik dan perjuangan dalam Umno.
?Mukhriz begitu prihatin dengan sokongan rakyat kerana hatinya sentiasa bersama rakyat,? katanya.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini disekat oleh Jabatan Imigresen di sini daripada memasuki negeri Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 11 pagi ini.
Zuraida dijadual mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya Sarawak.
Turut bersama Zuraida ialah Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha, yang bagaimanapun, diberi kebenaran untuk masuk ke negeri ini dan beliau kemudian menyambung penerbangan ke Miri.
Ketika ditemui pemberita, Naib Presiden Wanita PKR Kebangsaan Voon Shiak Ni yang berada di KLIA untuk menyambut ketibaan Zuraida serta rombongan, berkata Zuraida telah diarah pulang semula ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 3.05 petang ini.
Katanya usaha untuk mendapat kepastian daripada Pejabat Ketua Menteri Sarawak gagal namun pihak Jabatan Imigresen di sini mengesahkan Zuraida berada dalam senarai mereka yang dihalang daripada memasuki Sarawak.
Pada 6 Disember lepas, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut dihalang daripada memasuki negeri ini.
Walaupun khabar angin bertiup kencang mengatakan menteri besar Kedah baharu bakal mengangkat sumpah pada Isnin ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan mempunyai maklumat berhubung perkara itu.
Dengan ekspresi muka yang tenang, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengulas mengenai khabar angin itu.
?Oh ya? Saya tak terima apa-apa maklumat pun,? katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau hadir di Masjid Negara bersama bapanya.
Media melaporkan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mendapatkan mandat Istana Kedah untuk menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar.
Petang ini, Mukhriz akan turut menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijangka panas membincangkan kedudukannya di negeri jelapang padi itu.
?Tak bolehlah komen sekiranya itu benar. Sumber itu diragui,? kata Mukhriz kepada pemberita.
Mstar Online melaporkan hari ini, persetujuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima kedatangan Najib hari ini bermakna usaha untuk menggantikan Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
?Pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu untuk mendapat perkenan bagi melantik menteri besar baharu,? kata sumber berkenaan kepada Mstar Online.
Mukhriz yang juga menteri besar penggal pertama ketika ini berdepan penentangan apabila sekumpulan pemimpin Umno negeri diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada minggu lalu menyatakan hilang keyakinan dan memintanya berundur.
PKR memberi amaran kepada Lembaga Tabung Haji agar tidak berselindung daripada fakta sebenar mengenai krisis yang melanda mereka.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 jelas menunjukkan rizab Tabung Haji negatif.
?Ini bermakna ia tidak cukup dana dan aset untuk menampung pembayaran balik simpanan rakyat sekiranya dikeluarkan serentak, apatah lagi untuk membayar dividen/bonus.
?Saya berharap kepimpinan Tabung Haji berhenti mengelirukan rakyat dengan berselindung di belakang terma-terma kewangan yang cuba menyembunyikan perkara sebenar,? kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi bekata, jika benar kedudukan kewangan Tabung Haji kukuh, beliau menggesa lembaga itu mengadakan satu taklimat terbuka kepada pendeposit di seluruh negara dengan segera.
?Saya akan hadir sebagai salah seorang pendeposit kerana separuh daripada simpanan hari tua saya adalah di dalam Tabung Haji,? katanya.
Menurut Rafizi, sehingga kini beliau masih menunggu jawapan daripada Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Ismee Ismail mengenai dakwaan rizab lembaga itu sebenarnya sudah menjadi negatif sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 lagi.
?Mengambil kira prestasi Bursa Kuala Lumpur yang tidak memberangsangkan dalam 2015, sudah tentu kedudukan rizab negatif ini adalah lebih buruk bagi 2015.
?Kenyataan saya (sebelum ini) itu tidak disanggah malah keseluruhan kepimpinan kerajaan dan Tabung Haji mengelak dari menjawabnya,? katanya yang kesal kerana Azeez masih membisu.
Rafizi turut menyertakan laporan kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, aset (bersendirian) adalah RM54.751 bilion, sementara aset kumpulan Tabung Haji (digabungkan dengan anak-anak syarikat) adalah RM107.038 bilion.
?Nilai aset anak-anak syarikat Tabung Haji adalah RM52.287 bilion (iaitu RM107.038 bilion tolak RM54.751bilion).
?Dan alasan inilah yang digunakan kononnya anak-anak syarikat Tabung Haji mempunyai aset yang besar sebanyak RM52.287 bilion yang mampu menampung rizab Tabung Haji yang negatif.
?80% daripada aset anak syarikat yang digabungkan di dalam kumpulan Tabung Haji (iaitu RM41.683 bilion daripada RM52.287 bilion) adalah terdiri daripada ?Securities available-for-sale? dan ?Financing? iaitu 2 kategori aset terbesar Bank Islam.
?Ini bermakna 80% daripada aset anak syarikat yang kukuh sebagaimana diuar-uarkan mampu membantu rizab Tabung Haji yang negatif itu datangnya daripada Bank Islam,? katanya.
Rakyat Kedah mengadakan perhimpunan kecil secara aman di hadapan pejabat bakal menteri besar baharu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada ketika spekulasi pihak Istana sudah memberi perkenan mengadakan majlis angkat sumpah Isnin ini.
Penduduk yang datang dari beberapa daerah sekitar Kedah membawa sepanduk dan kain rentang menolak Bashah dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang sedang didesak berundur.
Seorang penduduk dari Pokok Sena, Ramli Abdul Rahman, 54, yang ditemui di perkarangan pejabat Bashah berkata, kumpulan itu tidak selesa dengan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri Kedah.
?Kami tidak selesa dengan kemelut politik melanda Kedah.
?Pentadbiran sedia ada sudah baik dan tidak ada masalah, mengapa mahu menukar menteri besar secara tiba-tiba?? kata Ramli mempersoalkan usaha kumpulan tertentu yang mendesak Mukhriz melepaskan jawatan sebagai menteri besar.
Beliau menafikan ditaja atau mewakili mana-mana parti politik untuk hadir membuat bantahan di depan pejabat Bashah dan menyifatkan Mukhriz sebagai menteri besar yang mesra dengan rakyat serta mudah didekati.
?Berbanding dengan menteri besar sebelum ini, rakyat mudah bertemu Mukhriz dan selesa mendekati beliau.
?Pentadbiran Mukhriz tidak ada birokrasi, bila rakyat mahu jumpa mereka mudah bertemu bagi mendapatkan bantuan dan berkongsi masalah dengan beliau,? katanya.
Sementara itu, seorang pemuda, Mohd Abdullah Hamid, 31, yang juga bersama dalam bantahan itu berkata, Mukhriz mudah didekati golongan muda dan banyak aktiviti diadakan menarik golongan generasi Y yang sering dipinggirkan kerajaan.
?Majoriti anak muda menyokong Mukhriz, mereka suka dengan cara beliau memerintah yang mesra dengan orang muda.
?Kalau Bashah, kami tidak tahu macam mana. Kami tidak rasa dia dapat memahami apa yang anak muda Kedah mahukan,? katanya.
Abdullah yang bekerja di salah sebuah kedai telekomunikasi di Alor Setar berkata jika Mukhriz digantikan, mereka tidak akan menyokong Umno dan menghukumnya pada pilihan raya umum nanti.
?Jangan ingat anak muda Kedah ini bodoh. Kalau mereka tukar juga menteri besar kami akan tukar kerajaan Umno dalam pilihan raya nanti.
?Jangan mengetepikan sokongan anak muda kerana kumpulan ini yang akan menjadi penentu dalam pilihan raya nanti,? katanya yang juga merupakan pengundi kawasan DUN Bashah.
Himpunan iru berlangsung kira-kira 20 minit dan berakhir secara aman dengan kehadiran beberapa anggota polis yang dilihat memantau keadaan sekeliling.
Mereka dilihat membawa sepanduk ?Tolak Bashah?, ?Kami tidak mahu Bashah jadi MB? dan beberapa sepanduk lain.
Selain itu, dalam satu kajian yang dilakukan Jabatan Penerangan Kedah minggu lalu mendapati ramai bersimpati dan memberi sokongan kepada Mukhriz kerana berpendapat usaha menjatuhkannya sebagai satu tindakan tidak wajar.
Kemelut politik Kedah sudah masuk lebih seminggu dan sehingga hari ini Najib masih belum mengumumkan nama baharu menteri besar walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dipercayai bagi membincangkan mengenai nama menteri besar baharu.
Dalam perkembangan terkini, sumber yang dipetik Mstar Online mengatakan Najib sudah mendapatkan mandat Istana Kedah untuk menyingkirkan Mukhri sebagai menteri besar.
Sumber memberitahu portal itu, persetujuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima kedatangan Najib hari ini bermakna usaha untuk menggantikan Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.